Pages

Sejarah UMNO

  • Keputusan penubuhan UMNO dibuat dalam Kongres Melayu 1946 di Kuala Lumpur
  • Pada 11 Mei 1946, sebanyak 29 buah persatuan menandatangani penubuhan UMNO di Istana Besar, Johor Bharu
  • Yang Dipertua pertama – Dato’ Onn Jaafar

Tujuan Penubuhan UMNO

  •    Menjadi wadah perjuangan orang Melayu bagi memperkasa kemajuan bangsa
  •    Tujuan penubuhan berubah mengikut keperluan semasa
  •    Contoh perubahan;
i. Tahun 1946;
Ø  Menentang Malayan Union
Ø  Menyatukan orang Melayu daripada seluruh Semenanjung Tanah Melayu
Ø  Mewujudkan satu organisasi nasional
Ø  Menjaga kepentingan politik & ketuanan Melayu
Ø  Memajukan pendidikan orang Melayu
Ø  Melindungi kepentingan orang Melayu tetapi belum bersedia menuntut kemerdekaan

ii. Tahun 1949;
Ø  Menjalankan fungsi sebuah parti siasah (berkaitan politik & pentadbiran) di Tanah Melayu yang sempurna sebagai penyatu bangsa Melayu
Ø  Menjalankan ikhtiar & langkah dengan tujuan mendirikan sebuah kerajaan merdeka yang memerintah Tanah Melayu
Ø  Memajukan orang Melayu dalam hal berkaitan dengan perkara siasah, kebajikan hidup, kebudayaan & ikhtisas (berkaitan ekonomi)
Ø   Menjadi pelindung kedaulatan tanah air
Ø   Mula menuntut kemerdekaan

Perjuangan Tokoh UMNO

i. Dato’ Onn Jaafar

  • Yang Dipertua UMNO pertama (1946-1951)
  • Merupakan pengasas UMNO
  • Mendapat pendidikan di Maktab Perguruan Kuala Kangsar & England
  • Sebelum memimpin UMNO, beliau bertugas sebagai Pegawai Tadbir Johor & wartawan yang terkenal
  • Tahun 1946 dilantik menjadi Menteri Besar Johor kerana berjaya memulihkan keamanan di Batu Pahat semasa pergaduhan kaum (keganasan 14 hari)
  • Merupakan orang pertama menyeru orang Melayu bersatu secara berorganisasi di peringkat nasional
  • Beliau mencadangkan ditubuhkan sebuah parti politik bertujuan menentang MU
  • Berjaya menganjurkan Kongres Melayu 1946 di Kuala Lumpur
  • Sumbangan terbesar – menyatukan orang Melayu seluruh Semenanjung Tanah Melayu & berjaya menumbangkan MU
  • Menjelajah ke seluruh Tanah Melayu untuk menunjukkan kepada Britisih bantahan orang Melayu terhadap MU
  • Berjaya memujuk raja2 Melayu memulaukan upacara pelantikan Sir Edward Gent sebagai Gabenor MU
  • Menjadi ahli jawatankuasa yang menggubal Perlembagaan UMNO tahun 1949
  • Beliau mengambil beberapa perlembagaan parti luar negara sebagai panduan

ii. Dato’ Panglima Bukit Gantang (1905-1959)

  • Nama sebenar – Abdul Wahab bin Abdul Aziz
  • Merupakan Setiausaha Agung UMNO pertama
  • Berpendidikan di Anderson School, IpohPerak & Inner TempleEngland
  • Apabila MU diperkenalkan beliau menubuhkan Perikatan Melayu Perak – tujuan menyokong Kongres Melayu menggagalkan MU
  • Beliau menjadi Ketua Bahagian UMNO Perak dari tahun 1948-1953

iii. Dato’ Nik Ahmed Kamil Nik Mahmud (1909-1977)

  •    Merupakan Ahli Jawatankuasa UMNO Pusat & Ketua UMNO Kelantan
  •    Mendapat pendidikan di Sekolah Majlis Agama Islam, Kota Bharu & Maktab Melayu Kuala Kangsar,
  •    Beliau melanjutkan pelajaran ke Lincoln’s Inn, LondonEngland
  •    Beliau menjadi peguam yang bertauliah
  •    Pernah menjadi Setiausaha Kerajaan Negeri sebelum menjadi Menteri Besar Kelantan tahun 1948-1955

iv. Zainal Abidin bin Ahmad (Zaaba) – 1895-1973


  •    Dianggap seorang intelektual Melayu
  •    Digelar Pendeta Bahasa Melayu yang ulung
  •    Berasal dari Kampung Bukit Kerdas, Batu Kikir, Jempol, Kuala Pilah, Negeri Sembilan
  •    Terlibat dalam Kongres Melayu tahun 1946
  •    Dato’ Onn Jaafar meminta beliau menguruskan persidangan kongres tersebut
  •    Beliau juga mencadangkan kepada Dato’ Onn Jaafar supaya menambah perkataan “kebangsaan” atau national ke dalam United Malays Organization (UMO) menjadi United Malays National Organization (UMNO)

Perjuangan & Perkembangan UMNO
  •    Berjaya memajukan orang Melayu dalam bidang politik, ekonomi, sosial & pendidikan
  •    Sebuah parti yang memperjuangkan perpaduan orang Melayu seluruh Semenanjung Tanah Melayu
  •    UMNO mewakili kepentingan orang Melayu yang menjadi dasar perjuangan UMNO
  •    Perjuangan utama UMNO ialah;
          Ø  Menumbangkan MU
          Ø  Menyatupadukan orang Melayu
          Ø  Memperjuangkan ‘ketuanan Melayu’
          Ø  Menghapuskan semangat kenegerian & kedaerahan orang Melayu
          Ø  Mewujudkan sebuah parti politik bercorak kebangsaan
          Ø  Memajukan pendidikan orang Melayu
          Ø  Mengusahakan kemajuan ekonomi & kebajikan orang Melayu
  •    Beberapa mesyuarat agung diadakan di bandar2 besar
  •    Contoh;
          Ø  Jun 1946 – di Kota Bharu, Kelantan
          Ø  Tahun 1948 – di Pulau Pinang & dirasmikan Sultan Kedah iaitu Sultan Badlishah
          Ø  Biasanya mesyuarat agung UMNO dirasmikan oleh sultan atau raja-raja Melayu setempat
          Ø  Menunjukkan perjuangan UMNO direstui
  • Tahun 1946 – Piagam UMNO 1946 dibentuk yang merupakan perlembagaan UMNO pertama
  • Tujuan – sebagai garis panduan untuk UMNO bergerak
  • Piagam ini mempunyai 5 bab
  • Tahun 1949 – Perlembagaan UMNO 1949 yang pertama diluluskan untuk menjadikan UMNO sebuah parti politik yang kukuh

Lambang UMNO
  •    Menjadi identiti UMNO, antaranya;
(i) Logo UMNO – dalam tulisan Jawi iaitu perkataan PEKEMBAR

(ii) Cogan kata – “HIDUP MELAYU” – dicipta oleh Dato’ Onn Jaafar untuk menyatukan ahli UMNO

  • Cogan kata ini sebenarnya merupakan slogan Pergerakan Melayu Semenanjung Johor pimpinan Dato’ Onn Jaafar sendiri
  • Bulan Mac 1950 – cogan kata ini ditukar kepada “Merdeka” atas cadangan wakil Pemuda Bahagian UMNO Batu Pahat iaitu Syeikh Gharieb Raub

(iii) Bendera UMNO – terdiri drpd warna merah, putih, kuning & hijau

  •    Merah – keberanian
  •    Putih – kesucian & keikhlasan
  •    Kuning – lambang raja
  •    Hijau – keris hijau lambang agama Islam & tamadun Melayu
  •    Pemilihan bendera diputuskan dalam persidangan UMNO di Ipoh, Perak pada Jun 1946
  •    Dicadangkan oleh Ikatan Setia Kampung Baru, Kuala Lumpur
  •    Bendera UMNO pertama kali dikibarkan pertama kali pada Mesyuarat Agung UMNO di Pulau Pinang 27 Julai 1947

Related Posts:

  • Sejarah Bom NuklearPada Perang Dunia II meletus di Eropah, masyarakat saintifik Amerika telah berjuang untuk mengejar kemajuan Jerman dalam pembangunan kuasa atom. Pada awal 1940-an, kerajaan AS yang diberi kuasa program rahsia daripada ujian d… Read More
  • Sejarah Tamadun Mesopotamia 1. Tamadun terawal di dunia 2. Mesopotamia berasal daripada perkatan bahasa Yunani bermaksud tanah di antara dua batang sungai Kedudukan Tamadun Mesopotamia ü  Mesopotamia terletak di kawasan lembah antara dua bata… Read More
  • 8 Sebab Kejatuhan Empayar Rom Pada abad keempat, Empayar Rom Barat runtuh selepas hampir 500 tahun sebagai kuasa besar yang terbesar di dunia. Sejarawan telah menuding keruntuhan ini pada ratusan factor yang berbeza daripada kegagalan tentera, cukai yang… Read More
  • Sejarah UMNO Keputusan penubuhan UMNO dibuat dalam Kongres Melayu 1946 di Kuala Lumpur Pada 11 Mei 1946, sebanyak 29 buah persatuan menandatangani penubuhan UMNO di Istana Besar, Johor Bharu Yang Dipertua pertama – Dato’ Onn Jaafa… Read More
  • Sejarah Tamadun Hwang HoTamadun awal China telah wujud kira-kira 4500 tahun dahulu.Ia berlaku di sekitar Sungai Kuning atau Hwang.Tamadun ini berkembang pesat pada zaman Dinasti Shang (1766 - 1122 SM atau 1523 - 1027 SM).Bandar utama yang muncul ial… Read More