Pages

'Burn' sofware Windows 7,8 & 10 ke dalam USB

Memformat komputer boleh dilakukan dengan mudah dalam hanya beberapa langkah. Pada masa kini pengunaan CD windows adalah tidak relevan kerana terdapat beberapa komputer atau komputer riba anda tidak mempunyai pemacu cakera. Keadaan seperti ini adalah benar-benar menjengkelkan kerana anda tidak akan dapat format semula komputer anda menggunakan CD bootable. Menggunakan USB flash drive adalah langkah tepat dan menjimatkan masa dan tenaga.

Bahan-Bahan 
1. USB flash Drive bersih berkapasiti 4GB keatas.
2. Software untuk 'burn' windows installer ke dalam flash drive. (iso to usb software) download dan install.
3. Software windows dalam bentuk fail iso.

Cara-cara

1. Masukkan 4 GB atau lebih besar USB pen drive ke dalam komputer anda. Pastikan yang anda telah Back-up mana-mana fail penting kerana semasa anda 'burn' windows ke dalam USB drive, semua fail akan terpadam

2. Format USB drive untuk memastikan kandungan USB drive kosong. Klik ikon My Computer / This PC. Klik kanan pada pemacu USB anda dan pilih "Format." dan klik Start.

3.  Lancarkan ISO to USB apps, klik browse dan pilih fail iso anda. Selepas itu klik pada nama USB drive anda. Jangan lupa 'check' box tu ye. dan akhir sekali klik butang burn.