Pages

Sejarah Untuk Semua

Read More...

Sejarah Untuk Semua

Read More...

Sejarah Untuk Semua

Read More...

Sejarah Untuk Semua

Read More...

Sejarah Untuk Semua

Read More...

Membeli Teleskop

Pemilihan teleskop sangat mengelirukan? Selain itu harga teleskop yang sangat mahal, dengan bajet yang terhad, pasti memeningkan. Berikut saya cuba memberi sedikit tips, jika berminat untuk mempunyai teleskop sendiri.


Jadi, apakah fungsi teleskop? Untuk melihat benda yang jauh? Untuk membesarkan imej dari objek yang jauh? Tidak, fungsi teleskop adalah untuk: Mengumpul cahaya !! Seperti juga fungsi mata kita, mata kita hanya boleh 'melihat' jika ada cukup cahaya yang datang dari objek yang kita amati sampai ke mata kita. Jadi fungsi teleskop adalah sebagai alat bantu mata untuk mengumpul cahaya lebih banyak dari mata kita boleh lakukan.

Apakah faktor penting dalam pemilihan teleskop? Yang pertama adalah: Apertur, bukaan, atau diameter teleskop. Jadi makin besar makin baik? Tidak juga, semua ada hadnya, pergolakan udara di atmosfera menjadi halangan pengamatan; teleskop yang terbaik di seluruh muka bumi ini mempunyai batas resolusi antara 0,5-2 arc sec, bergantung pada lokasi; dengan resolusi 0.5 arc sec diperoleh menggunakan teleskop dengan diameter 30cm,

Tapi apertur bukanlah alasan tunggal, seperti yang sudah diungkapkan di atas, faktor resolusi itu penting, resolusi adalah seberapa baik teleskop memisahkan dua objek yang berdekatan (contoh: bintang binari). tempat pemerhatian juga harus diambil kira, kerana, seperti di semua tempat di daerah tropika dengan kelembapan tinggi, menyebabkan penurunan yang sangat besar pada resolusi pengamatan, sehingga, diameter 20 cm atau 30 cm boleh jadi memberikan hasil yang 'sama saja'.

Lalu, itu saja pertimbangannya? Pernah perhatikan bahawa ada teleskop yang ukurannya panjang, pendek? Ada satu faktor yang perlu diperhatikan, iaitu panjang fokus. Panjang fokus adalah panjangnya jarak yang harus ditempuh cahaya dari kanta objektif (teleskop refraktor) atau cermin utama (reflektor) ke suatu titik di mana cahaya itu difokuskan. Mudahnya, gambarnya fokus itu butuh berapa jauh? Makin jauh panjang fokus, makin besar bayangan pada titik fokus. Gambarannya, seperti LCD projektor dan skrin mereka, berapa jauh jaraknya? Pindah layarnya menjauh, gambar dari LCD projektor akan membesar, tapi makin malap.

Jadi, panjang fokus itu penting untuk menentukan pembesaran. Makin panjang fokusnya, makin besar pembesaran yang boleh diperolehi, tentu saja dengan mempertimbangkan adanya sekatan yang ada, tapi dengan memasukkan kanta okular untuk pemerhatian, berapa besar boleh dikira. Pembesaran teleskop merupakan hubungan panjang fokus dbagi panjang fokus okular yang kita pergunakan. Misalnya kita punya teleskop dengan panjang fokus 1000mm, kita mempergunakan okuler bersaiz 50mm, maka kita mendapatkan pembesaran sebanyak 1000mm / 50mm = 20x.

Jadi, sepanjang hanya melakukan kegiatan mengamati, kita boleh menentukan mengikut spesifikasi yang ada pada teleskop, pengamatan apa saja yang mungkin boleh dilakukan.

Lalu bagaimana jika kita ingin melakukan fotografi? Ada satu istilah yang biasa digunakan oleh peminat fotografi, iaitu Fokal Nisbah. Fokal nisbah merupakan perbandingan antara panjang fokus dibahagikan lebar diameter. Ini lebih penting alih-alih panjang fokus, kerana biasanya jurugambar astronomi akan menukar okulernya dengan kamera.

Pengaruh fokal nisbah tidak terlalu terasa secara visual, tapi sangat menentukan dalam fotografi, kerana menentukan seberapa cepat gambar diambil menggunakan teleskop. Jika fokal nisbah yang lebih kecil dikatakan cepat, sedangkan fokal nisbah yang lebih besar dikatakan sebagai lambat. Sebagai contoh f / 5.6 lebih cepat daripada f / 10, yang memberikan kesan yang berbeza dalam fotografi.

Baiklah, kita sudah membincangkan aspek-aspek yang teoritis dalam memilih teleskop, sekarang kita memilih hal-hal yang lebih nyata. Iaitu, memilih teleskop itu sendiri:

Seperti yang telah dibincangkan, ada tiga jenis rancang-bangun teleskop, reflektor, refraktor dan katadioptrik.

Jadi saya terus membuat ulasan sederhana:

Refraktor. Jika anda seorang pemula yang hanya sekadar ingin melihat-lihat, boleh melihat langit atau alam, refraktor adalah pilihan yang baik. Cukup memilih refraktor dengan jenis objektif yang akromatik. Tetapi jika anda ingin mendapatkan imej langit yang baik baik, baik secara visual maupun fotografi, fikirkan refraktor apokromatik yang sudah tentu lebih mahal.

Reflektor. Teleskop Newtonian adalah yang terbaik untuk Beginner, dengan syarat tidak melakukan fotografi, tapi paling tidak teleskop ini lebih irit bayaran.

Katadioptrik. Dari pengamatan benda jauh, pemerhatian planet, sampai pengimejan, yang bermakna boleh digunakan pada hampir semua kegiatan pengamatan; pilihan terbaik jatuh pada Schmidt-Cassegrain dan sudah tentu dengan harga yang mahal

Itu adalah pilihan jenis-jenis teleskop, lalu bagaimana tempat letaknya?

Pemegang teleskop boleh jenis Altazimuth, atau Equatorial, bergantung pada tahap keseriusan pemerhatian.

Jadi cadangan saya:

1. Pengamatan Siang / Malam
Teleskop: Semua, Diameter: 70mm-150mm, Panjang Fokus: Fleksibel, yang mudah dibawa sahaja. Refraktor bagus untuk medan luas, Cassegrain untuk medan sempit / planet.
Pemegang: Altazimuth

2.Pengamatan Bintang / Langit Malam
Teleskop: Newtonian / Schmidt-Cassegrain, Diameter: 150mm atau lebih.
Pemegang: Altazimuth; Equatorial (jika ingin fotografi)

3. Astrofotografi
Teleskop: refraktor (Apokromatik) / Schmidt-Cassegrain
Pemegang: Equatorial

4. Pertimbangan kewangan
Ini pengiraan kasar sahaja.

Dibawah RM 1500, 150mm-200mm Dobsonian untuk melihat bintang, 100mm refraktor boleh untuk langit / alam.
Sampai RM 1500 Schmidt-Cassegrain 200mm yang disertakan dengan komputer, 250-300mm Dobsonian, atau Newtonian, refraktor yang sudah dilengkapi komputer.
Harga menentukan pilihan, memang, sebuah ironi. Tapi untuk mendapatkan yang terbaik bukanlah berdasarkan harga atau kewangan, tapi pintar-pintar kita memilih dan merancang. Selamat memburu langit malam dengan teleskop.

sumber-langitselatan.com

Saiz Bintang

Seperti yang anda lihat, Matahari kita adalah bintang sederhana. Bintang boleh menjadi lebih besar daripada matahari, dan bintang boleh menjadi lebih kecil. Mari kita lihat pada saiz bintang.

Bintang-bintang kecil di luar sana adalah kerdil merah kecil. Ini adalah bintang dengan tidak lebih daripada 50% jisim Matahari, dan mereka boleh mempunyai serendah 7.5% jisim Matahari Ini adalah jisim minimum yang anda perlukan untuk bintang yang dapat menyokong gabungan nuklear pada terasnya. Di bawah jisim ini, anda akan mendapat bintang kerdil perang yang gagal. Satu contoh agak baik diketahui bintang kerdil merah adalah Proxima Centauri; bintang yang paling dekat dengan Bumi. bintang ini mempunyai kira-kira 12% jisim Matahari, dan kira-kira 14% saiz Matahari - kira-kira 200,000 km seluruh, yang hanya sedikit lebih besar daripada Musytari.

Matahari kita adalah satu contoh bintang sederhana. Ia mempunyai diameter sebanyak 1.4 juta kilometer pada hari ini. Tetapi apabila matahari kita menghampiri akhir hayatnya, ia akan berkembang sebagai gergasi merah, dan meningkat kepada 300 kali saiz asalnya. Ini akan menghanguskan orbit planet-planet dalaman: Utarid, Zuhrah, dan  Bumi.

Contoh bintang yang lebih besar daripada matahari kita adalah supergiant biru Rigel dalam buruj Orion. Ini adalah bintang dengan 17 kali jisim Matahari, yang diibaratkan 66,000 kali lebih tenaga . Rigel dianggarkan 62 kali lebih besar daripada Matahari

Lebih besar? Tiada masalah. Mari kita lihat pada supergiant Betelgeuse merah, juga dalam buruj Orion. Betelgeuse mempunyai 20 kali jisim Matahari, dan pada hampir akhir hayatnya; ahli astronomi menjangka Betelgeuse akan meletup sebagai supernova dalam 1000 tahun akan datang. Betelgeuse telah berkembang kepada lebih daripada 1,000 kali saiz Matahari Ini akan memakan orbit Marikh dan hampir mencapai Jupiter.

Tetapi bintang terbesar di alam semesta dianggap sebagai raksasa VY Canis Majoris itu. Ini bintang hypergiant merah dikatakan 1,800 kali saiz Matahari bintang ini hampir akan menyentuh orbit Zuhal jika ia berada dalam Sistem Suria kita.




rujukan: universetoday

Sejarah Tamadun Indus

Tamadun Indus

  • Tamadun Indus ialah Tamadun yang terawal di India.

  • Terletak di Lembah Indus yang disaliri oleh Sungai Indus

  • Juga dikenali sebagai tamadun Harappa bersempena dengan nama bandar utama dalam tamadun ini.

  • Tamadu Indus terletak di bahagian barat laut India.




Kerangka Masa
-Muncul pada sekitar tahun2500S.M, dan mula merosot pada tahun 1800 S.M.
-Faktor kehancuran tamadun ini masih belum jelas sehingga ini. Antara faktor yang dikemukakan ialah tamadun Indus diserang orang Aryan serta bancana alam seperti banjir, kemarau, dan gempa bumi.





Proses Pembentukan
-Penduduk yang hidup secara nomad wujud di bahagian barat laut India, iaitu hidup berpindah randah dan menyara diri dengan memburu dan mengumpul makanan. Mereka kemudian telah membentuk petempatan kekal di sepanjang Sungai Indus yang mempunyai tanah subur dan menyediakan sumber air.
-Kepandaian penduduk menyesuaikan diri dengan alam sekitar telah meningkatkan penghasilan pertanian yang membawa kepada pertambahan penduduk. Faktor-faktor ini telah menyumbang kepda perkembangan bandar.
-Dua bandarutama yang terbentuk di Lembah Indus ialah Mohenjo-Daro dan Harappa.
Lothal dan Sutkagen Dor pula merupakan bandar pelabuhan yang penting.





Ciri-ciri Tamadun Indus 
1. Petempatan Kekal
a. Pembetukan bandar terancang wujud. Bandarnya terbahagi kepda 2 bahagiandan dikelilingi oleh tembok.
b. Bahagianutama merupakan pusat pentadbiran dan keagamaan yang menempatkan banguan pentadbiran, tempat mandi awam yang digunakan untuk upacara ritual dan pembersihan, dan tempat penyimpanan hasil pertanian.
c. Bahagian kedua ialah kawasan perumahan.
d. Bandar dirancang dengan rapi terutama dari sudut susun atur yang sistematik. Perancangan bandarnya dibantu oleh kemajuan ilmu geometri dan pembinaan, serta sumbangan Mesopotamia dan Mesir Purba.
e. Bandar-bandar disusun berasaskan blok-blok berbentuk segi empat dengan setiap blok dipisahkan oleh satu rangkaian jalan raya yang lurus dan bersambung antara satu sama lain, setiap bandar juga mempunyai sistem kumbahan yang terancang.
f. Jalan perhubungan bandar-bandar ialah jalan raya dan sungai.
 
 

2. Organisasi Sosial 
a. Maklumat dan sumber temtang organisasi sosial tamadun ini adalah tidak jelas.
b. Jumpaan arkeologi membayangkan masyarakat di Lembah Indus terbahagian kepada 2 golongan, iaitu golongan atasan dan bawahan.
c. Pendeta mempunyai kuasa dan pengaruh yang besar dalam mengawal aktiviti masyarakat terutama yang melibatkan kegiatan keagamaan. Golongan bawahan memberikan ketaatan kepada golongan pendeta atas dasar keagamaan ini. Oleh sebab tiada bukti tentang kewujudan raja, maka sejarawan berpendapat bahawa tampuk pemerintahan dipegang oleh pendeta.
d. Petani menjalankan aktiviti pertanian dan menyalurkan sebahagian daripada hasil tersebut kepada pihak berkuasa.
e. Golongan buruh menjalankan kerja perburuhan seperti menjaga kebersihan bandar, membina tembok di benteng, dan membina terusan.



3. Pengkhususan Pekerjaan 
a. Masyarakat ini menjalankan pelbagai kegiatan ekonomi seperti perdagangan, pertukangan, dan pembuatan.
b. Aktiviti perdagangan secara khusus menbabitkan perdagangan luar termasuklah dengan Mesopotamia. Hubungan dagang antara kedua-dua tamadun dapat dibuktikan melalui penemuan cap mohor buatan masyarakat Lembah Indus di Mesopotamia.
c. Penanaman seperti menanam makanan (barli, kacang dan sebagainya) dijalankan.
d. Artisan-pembinaan dan penghasilan barangan logam dan barangan tembikar.



4. Agama 
a. Bukti kewujudan amalan agama penemuan patung dan ukiran yang mempunyai unsur keagamaan.
b. Patung proto-Siva : menunjukkan seorang duduk bersila dengan stail yoga dan terdapat tiga tandik di kepalanya yang melambangkan Dewa Brahma, Vishnu, dan Siva. Kewujudan objek ini menjadi sangat penting terutama dari sudut perkaitannya dengan agama Hindu Kemudiannya.
c. Masyarakat Indus juga mempercayai Tuhan Ibu. Ia dipercayai telah diwarisi daripada kebudayaan yang lebih awal kerana kepercayaan terhadap Tuhan Ibu turut berlaku dalam Masyarakat yang mendiami Mesopotamia, Asia Kecil, Syria dan Palestin.



5. Sistem Tulisan  
a. Tulisan berbentuk piktograf. Namun, sehingga hari ini, tulisan tamadun Indus masih lagi menjadi misteri dan masih belum dapat ditafsirkan.





Sumbangan Tamadun Indus 
1. Antara sumbangan utama tamadun ini termasuklah dalam bentuk keupayaan serta kebolehan masyarakat Lembah Indus mengeksploitasi kelebihan yang mereka miliki untuk memudahkan kehidupan mereka hingga akhirnya menjadi asas kepada perkembangan tamadun.


2. Bandat terancang seperti Mohenjo-Daro dan Harappa
- Gabungan kepakaran tentang ilinu geometri, kesenian, matematik sangat diperlukan.
- Pemahaman geometri hasil daripada pertembungan tamadun Indus dengan tamadun Mesopotamia dan Mesir Purba telah membolehkan perancangan bandar disusun bentuk segi empat yang diikuti oleh jalan raya yang lurus.
- Mutu bahan binaan turut ditingkatkan. Masyarakat Indus tidak hanya bergantung pada panas matahari untuk membuat batu bata daripada tanah liat, tetapi juga melalui pembakaran dengan suhu yang tinggi.
 

3. Sifat keterbukaan tamadun Indus dengan berhubung dengan lain telah membolehkan kedua-dua belah pihak memperoleh manfaat dalam bentuk pertukaran teknologi dan sebagainya.


4. Tamadun Indus telah menujukkan kedamaian dan keamanan ialah tunjung kepada kekuatan sesebuah bangsa unruk mencapai kemajuan dan kecemerlangan.

Sejarah Tamadun Mesopotamia

1. Tamadun terawal di dunia
2. Mesopotamia berasal daripada perkatan bahasa Yunani bermaksud tanah di antara dua batang sungai

Kedudukan Tamadun Mesopotamia
ü  Mesopotamia terletak di kawasan lembah antara dua batang sungai (Sg. Tigris & Sg. Euphrates
ü  Sg ini mnegalir dr kws pergunungan di Turki ke tnh lembah pamah di Iraq smapai ke Teluk Parsi.

Kerangka Masa 
ü  Tamadun Mesopotamia berkembang daripada penempatan awal Zaman Neolitik antara tahun 7000 S.M – 5000 S.M
ü  Wilayah Mesopotamia berkembang sebagai pusat tamadaun awal pada tahun 3500S.M
ü  Beberapa kerajaan telah muncul dilembah Mesopotamia ialah Sumeria, Akkad, Ur, Babylon Awal, Kassite, Assyria, Chaldea
ü  Kerajaan-kerajaan tersebut telah muncul, berkembang dan akhirnya merosot
ü  Setelah kejatuhan kerajaan Chaldea, wilayah Mesopotamia dikuasai oleh Parsi

Proses Pembentukan Mesopotamia 
ü  Babylon dibahagi kepada Akkad di utara & Sumeria di selatan
ü  Tamadun Mesopotami bermula di Sumeria
ü  Orang Semeria yg berhijrah ke Sumeria telah membina penempatan dan menjalankan   kegiatan pertanian
ü  Mereka membina sistem pengairan untuk mengawal pergaliran air sungai.
ü  Perkembangan aktiviti pertanian menghasilkan sumber makanan yang berlebihan untuk menampung keperluan penduduk yang semakin bertambah
ü  Perkembangan ini menyebabkan penempatan awal yg berbentuk perkampungan berubah menjadi negara kotaNegara kota itu muncul sepanjang sungai seperti negara kota Assur, Eridu, Kish, Lagash, Mari, Nippur, Ur dan Uruk.
                                                                  











 Ciri – ciri Tamadun Mesopotamia

Ø  Negara Kota
ü  Negara kota yang wujud di sepjg sg mempunyai ciri fizikal yg tersendiri
ü  Setiap negara kota mempunyai pusat kota, tembok kota, luar kota, perlabuhan dan kubu pertahanan yg mempunyai pelbagai bentuk gerbang pintu
ü  Di dalam kota terdapat istana, rumah kediaman, rumah kedai, pasar dan rumah ibadat. 


Ø  Organisasi Sosial
ü  Masyarakat negarfa kota lebih teratur
ü  Masyarakat negara kota terbahagi kepada:
§  Golongan Pemerintah (raja, ketua pendeta, k. Tentera, bangsawan),
§  Rakyat Bebas – Petani, artisan, pedagang, Hamba (Tawanan perang)

Ø  Sistem Pemerintahan
ü  Berbentuk teokrasi
ü  Raja dianggap sbg tuhan/ wakil tuhan/pemilik kota
ü  Raja Naramsin (Akkad) > penduduk sembah
ü  Raja Naramsin menggelarkan diri sbg “Raja Empat Penjuru Alam”
ü  Raja menjadi ketua pentadbir, ketua tentera, ketua pendeta
ü  Raja & ahli keluarga raja memegang jawatan di Zigurat
ü  Zigurat adalah pusat ibadat, pusat perdaganagn, pusat penyimpanan khazanah negara

Ø  Pengkhususan kerja
ü  Penduduk tinggalkan pekerjaan petani  menjadi peniaga, pedangang & artisan
ü  Perdagangan disekitar Mesopotamia & Lembah Indus


Ø  Sistem Tulisan
ü  Bermula dengan bentuk tulisan bergambar
ü  Sistem tulisan berkembang kepada tulisan berbentuk simbol (guna tanah liat)Tulisan berbentuk pepaku (cuneiform)



Sumbangan Tamadun Mesopotamia
Hammurabi memerintah dari tahun 1792-1750 S.M.. Beliau berasal daripada keturunan Amorite. Beliau membina banyak negara kota. Pusat pemerintahannya di Babylon. Beliau telah menakluk Akkad dan menjadi raja seluruh Mesopotamia.


Kod Undang-undang Hammurabi
ü  Sekiranya seseorang bangsawan mematahkan tulang seseorang bangsawan lain, tulangnya akan dipatahkan.
ü  Sekiranya seseorang bangsawan mencederakan mata seseorang rakyat biasa atau mematahkan tulangny, maka, bangsawan ini didenda satu wang perak.
ü  Undang-undang ini telah berjaya mengelakkan wujudnya permasalahan di kalangan masyarakat pelbagai kaum dan juga di kalangan susun lapis masyarakat itu sendiri.
ü  Undang-undang ini telah dapat mewujudkan perpaduan dan mengukuhkan system organisasi dalam kehidupan masyarakat tersebut.Seterusnya,kod ini juga telah membantu peradaban Mesopotamia bertahan untuk jangka masa yang panjang,iaitu dari tahun 3500 S.M. hingga tahun 539S.M..



Epik Gilgamesh
Kisah tentang kepahlawanan tokoh bernama Gilgamesh. Beliau dikatakan memiliki sifat dua pertiga tuhan, satu pertiga manusia, wajah yang tampan, dan susuk badan yang sasa. Beliau dikatakan memiliki kekuatan dan keberanian. Gilgamesh telah memerintah serta memberikan perlindungan kepada kehidupan di kota Uruk.
          Epik ini juga menceritakan tentang pemerintahan, percintaan, kehidupan yang kekal abadi dan kesaktian.
           Tamadun Mesopotamia juga menyumbang kepada perkembangan ilmu astronomi. Pencerapan terhadap pergerakan bulan, bintang, dan matahari telah membawa kepada perkembangan ilmu matematik seperti sistem mengira perpuluhan, menambah, menolak, mendarab, membahagi, dan punca ganda dua yang kemudiannya membawa kepada perkembangan ilmu geometri. Penguasaan dalam bidang astronomi juga telah membolehkan mereka menggunakan jalan laut dan mencipta calendar yang berasaskan sistem solar yang mengandungi 12 bulan dalam satu tahun.
            Perkembangan ilmu perubatan mendapat perhatian khusus semasa pemerintahan kerajaan Assyria kerana kerajaan ini begitu mementingkan kesihatan anggota tenteranya. Sebanyak 500 jenis ubat-ubatan termasuk herba dan ramuan perubatan telah dikatalogkan dan disampelkan penggunaannya. Cara mengubat penyakit dengan menggunakan ubat-ubatan juga telah dicacatkan sebagai panduan kepada pengamal perubatan.
           Salah satu kejayaan tamadun Mesopotamia adalah dalam penciptaan roda. Roda digunakan dalam menghasilkan kereta kuda sama ada untuk tujuan peperangan atau kegunaan pada masa aman. Penciptaa roda membolehkan orang Mesopotamia mencipta kincir air untuk mengalirkan air ke kawasan tandus dan meningkatkan hasil pertanian di samping mengawal banjir.    

Roda yang dicipta di Mesopotamia
          Tamadun Mesopotamia juga telah menyumbangkan ciptaan alat pengangkutan yang terawal kepada dunia. Orang Sumeria telah menggunakan kapal layar serta pengangkutan beroda sejak tahun 3000 S.M.. Oleh itu, mereka mampu menguasai jalan darat serta jalan laut sehingga mereka dapat berhubung dengan wilayah di dunia serta wilayah di kawasan Laut Mediterranean.
           Tamadun Mesopotamia memperkenalkan kepada dunia cara membuat batu bata daripada tanah liat. Dalam seni bina, mereka telah mencipta arca dan tiang batu. Contoh arca tersebut ialah patung Raja Gudea. Arca dan tiang batu dapat dilihat dalam seni bina zigurat.
           Kepimpinan berwibawa telah berjaya mewujudkan kerajaan Akkad, iaitu empayar pertama di dunia. Ini adalah kerana Raja Sargon berjaya menakluk dan menyatukan wilayah-wilayah kerajaan Sumeria di selatan Mesopotamia. Beliau merupakan perintis kepada pembentukan sebuah empayar yang kemudiannya menjadi ikutan pemerintah seterusnya seperti Firaun Tutmose III pada zaman Mesir Purba. Mesopotamia bukan saja menyumbang kepada pembentukan sebuah sistem pemerintahan tetapi juga pembentukan sebuah masyarakat yang lebih berestetika.
           Walaupun di Mesopotamia wujud sistem Bandar, undang-undang, tatacara jual beli, dan sebagainya namun ini tidak bererti kemajuan dan ilmu itu hanya dikuasai oleh mereka. Sebaliknya, kemajuan tamadun ini boleh dicapai dan dikembangkan oleh mana-mana bangsa di mana-mana daerah sekiranya wujudnya usaha yang gigih serta keyakinan diri yang tinggi.
            Keagungan sesuatu tamadun itu tidak akan dapat dinikmati oleh generasi sekarang sekiranya tiada pemimpin atau tokoh pada masa itu yang menyedari tentang kepentingan memelihara warisan serta khazanah bangsanya. Pengetahuan generasi sekarang tentang tamadun ini adalah hasil usaha pemimpin masa lampaunya seperti Ashurbanipal (668-627 S.M.) yang telah menubuhkan sebuah perpustakaan diraja di bandar Nineveh. 
Perpustakaan diraja mengandungi lebih kurang 22000 keping tablet yang mengandungi pelbagai penemuan ilmu pengetahuan dan sejarah lampau Mesopotamia.Kebanyakan daripada koleksi ilmu pengetahuan ini berbentuk formula perubatan dan juga beribu-ribu pucuk surat dan dokumen perniagaan, serta susunan peristiwa peperangan yang berlaku mengikut urutan peristiwa sejarah.


Sejarah Tamadun Hwang Ho

Tamadun awal China telah wujud kira-kira 4500 tahun dahulu.Ia berlaku di sekitar Sungai Kuning atau Hwang.Tamadun ini berkembang pesat pada zaman Dinasti Shang (1766 - 1122 SM atau 1523 - 1027 SM).Bandar utama yang muncul ialah Anyang , Changan dan Loyang.Anyang telah  dijadikan ibu negeri Dinasti Shang.


Sungai Yang Tze
Orang China percaya mengenai konsep mandat dari syurga.Dinasti Shang diganti oleh Dinasti Chou melalui rampasan kuasa.Sistem feudal diamalkan semasa pemerintahan Dinasti Chou.Pertanian merupakan kegiatan ekonomi utama.Tanaman utmanya ialah gandum , milet , sekoi , barli dan padi.Ternakannya ialah khinzir , kambing dan anjing.Kulit siput digunakan sebagai mata wang dalam perdagangan tempatan.Perusahaan yang dijalankan ialah pembuatan tembikar , barangan ukiran daripada kayu , gangsa dan jed serta penenunan tekstil dan bulu.

Masyarakat China percaya bahawa tuhan menguasai semua aspek kehidupan manusia.Mereka memuja tuhan alam seperi Tuhan Angin , Tuhan Bulan dan Tuhan Matahari.Orang Shang juga mengamalkan pemujaan nenek moyang.Tulang nujum digunakan untuk mendapatkan pertolongan daripada nenek moyang.Bentuk tulisan tamadun ini dipanggil ideogram.Setiap gambar melambangkan satu perkataan.Terdapat lebih kurang 3000 simbol yang kekal selama 3500 tahun.
              
Kemajuan sains dan teknologi zaman Shang ialah :

Penggunaan gangsa dalam pembuatan senjata dan alat-alat pertanian 
Membuat alat-alat tembikar dan jed
Menghasilkan sutera
Memperkenalkan sistem kalendar dan perpuluhan
Kemajuan pada Zaman Chou termasuk :
Membuat wang daripada logam
Menerbitkan buku
Memperkenalkan alat tulisan


Proses Pembentukan 

Pembinaan tamadun ini berasaskan peranan Hwang Ho yang telah menyuburkan kawasan sekitarnya. Keadaan ini menarik penduduk nomad untuk tinggal menetap dan membina petampatan awal di kawasan tersebut. Tapak Banpo yang berdekatan bandar Sian moden merupakan petempatan awal penduduk Hwang Ho. Penduduk di kawasan ini menjalankan aktiviti pertanian dan penternakan binatang selain mengumpul hasil hutan dan memburu. Perkembangan petempatan awal ini telah melahirkan beberapa buah bandar di Lembah Hwang Ho.

Salah sebuah bandar awal tamadun Hwang Ho ialah Anyang. Bandar ini merupakan pusat kerajaan  Dinasti Shang. Pembentukan Dinasti Shang telah membawa banyak lagi kemajuan, khususnya dalam usaha perluasan wilayah dan penyebaran budaya ke kawasan sekitar Lembah Hwang Ho. Semasa Dinasti Chou, tamadun ini tersebar hingga ke bahagian selatan Sungai Yangtze.


Ciri-ciri Tamadun Hwang Ho

Petempatan awal yang berasaskan pertanian membawa kepada kemunculan bandar-bandar. Anyang merupakan salah satu contoh negara kota damal tamadun Hwang Ho. Anyang terletak di kawasan tanah tinggi di Sungai Huan. Di bandar ini terdapat istana, kuil dan pusat pentadbiran. Ketua pemerintah, iaitu raja, golongan pembesar dan golongan agama juga tinggal di kawasan bandar. Bandar Anyang dilengkapi dengan tembok untuk mrnghalang pencerobohan musuh dan dikelilingi oleh perkampungan yang didiami oleh masyarakat petani.


Golongan raja dan pembesar menduduki lapisan teratas dalam organisasi sosial masyarakat Shang yang diterajui oleh raja.

Lapisan bawahan terdiri daripada:
Golongan petani
– membentuk sebahagian besar penduduk
– mendiami di kawasan luar bandar (di sekeliling negara kota)
Golongan artisan
– Golongan ini mahir dalam teknologi gangsa yang muncul pada zaman Dinasti Shang
– Gangsa digunakan bagi menghasilkan senjata perisai dan hiasan kereta kuda yang digunakan oleh tentera serta alat untuk upacara keagamaan.
Golongan pembesar dapat menundukkan golongan bawahan kerana mereka mampu memiliki tentera dan senjata gangsa.
Hamba merupakan golongan yang paling bawah dalam masyrakat Shang. Dalam Dinasti Shang, perhambaan merupakan ciri yang paling penting.


Senjata Gangsa

Perisai Gangsa
Golongan tentera membantu golongan pembesar mempertahankan masyarakat. Golongan ini terdiri daripada:
-Tantera yang menggunakan kereta kuda.
-Tentera berjalan kaki.
Golongan petani merupakan tonggak ekonomi dan pentadbiran kerana mereka menghasilkan bahan makanan dan memenuhi keperluan golongan atasan. Ada di kalangan golongan petani yang berkemahiran khususnya dalam teknologi gangsa dan barangan tembikar pula menjadi golongan artisan:

Hamba
-Mereka menghasilkan pelbagai barangan tembaga seperti senjata, barang tembikar dan bekas minuman serta makanan
-Hasil mereka biasanya hanya mampu dimiliki golongan pembesar.
Hamba pula berfungi sebagai tentera paksaan, buruh paksa dan bahan korban upacara penyembahan.


Kerajaan yang wujud adalah berbentuk dinasti dengan pemerintahan beraja.
Raja mempunyai kewibawaan politik, ekonomi,sosial,agama. Mereka berkuasa mutlak dan menetap di pusat pentadbiran.
Pengganti raja biasanya dilantik daripada kalangan anak atau saudara lelaki raja.
Raja tidak dianggap tuhan tetapi sebagai pemerintah yang mendapat mandat (kuasa pemerintahan) daripada tuhan.
Mengikut konsep ini, pemerintah yang adil akan mendapat madat. Raja yang memerintah dengan adil akan dapat mewujudkan kerajaan yang makmur dan rakyat akan menikmati kesejahteraan hidup. Sebaliknya, pemerintah yang kejam atau lemah akan kehilangan mandat. Contohnya, pemerintahan Shang kehilangan mandat akibat kezaliman mereka.Golongan bangsawan dan pegawai kerajaan membantu raja dalam urrusan pentadbiran.
- Golongan ini bertanggungjawab untuk mentadbir wilayah masing-masing.
- Mereka berhak mewujudkan sistem pentadbiran mereka sendiri. Contohnya sistem pungutan cukai, undang-undang dan pertahanan.
Sistem yang sama dilaksanakan semasa zaman Dinasti Chou.
- Raja dibantu oleh ketua menteri enam badan. Badan ini menguruskan hal pertanian, tentera, kerja awam, upacara agama, undang-undang dan hal ehwal monarki.
- Pada peringkat wilayah, pentadbiran dikendalikan oleh pembesar-pembesar feudal. Raja telah membahagikan pemilikan tanah kepada pembesar ini.
Raja-raja Dinasti Chou cuba mengikat pembesar mereka melalui :
- Ikrar taat setia.
- Memberikan hadiah seperti kereta kuda, senjata gangsa, hamba dan binatang
- Tanggungjawab melindungi raja dan memberi bantuan ketenteraan semasa perang.
Pembesar juga bertanggungjawab sebagai ketua agama untuk melaksanakan upacara pengorbanan.


Masyarakat Hwang Ho mengamalkan pelbagai jenis kepercayaan. Antaranya ialah animisme dan politeisme serta pemujaan roh nenek moyang. Mereka juga menyembah tuhan syurga (shang-ti) dan tuhan bumi (tu). Mereka juga menyembah biasanya diketuai oleh golongan bomoh dan melibatkan permainan muzik, tarian atau upacara korban.Masyarakat Shang juga mempercayai ramalan menggunakan tulang oracle ( tulang binatang ) yang berfungsi meramalkan sesuatu keadaan.

- Bukti kepercayaan ini ialah jumpaan tulang binatang dan kulit kura-kura di Anyang.
- Tulang ini diletakkan di atas unggun api sehingga timbul rekahan ini dan disabitkan dengan sesuatu kejadian.


Oracle
Amalan penilikan tulang nujum ( oracle ) memainkan peranan peranan mewujudkan sistem tulisan awal di China. Rekahan pada tulang-tulang tersebut memberi idea untuk mencipta tulisan.Bentuk tulisan yang disebut ideogram telah dicipta. Sistem tulisan ini berbentuk simbol. Pada asalnya, tulisan ini mempunyai gambar seperti kanak-kanak, bulan, matahari dan sungai. Lama-kelamaan tulisan ini berubah menjadi lebih kompleks seperti hari ini.


Sumbangan Tamadun Hwang Ho
Tamadun Hwang Ho amat mempengaruhi sestem pemerintan China kuno. Sehingga ke zaman Dinasti Ching, sistem pemerintahan monarki telah diteruskan. Terdapat sedikit perubahan telah dilakukan, contohnya gelaran Raja ditukar kepada Maharaja. Antara perkara yang diteruskan ialah konsep anak syurga, mandat dari syurga dan amalan putaran dinasti diteruskan hingga abad ke-20.


Sistem Pengairan
 Sejak zaman awal dinasti China terutama zaman Shang, pemimpin mereka amat prihatin terhadap pembangunan pertanian. Oleh itu, terusan-terusan dibina untuk mengairkan kawasan pertanian selain menglakkan berlakunya banjir. Sistem pengairan ini telah diteruskan pada zaman Chin oleh Shih Huang Ti ke kawasan barat daya China. Sebuah terusan telah dibina di Szechwan untuk mengairkan kawasan pertanian di wilayah tersebut. Selain itu, pembangunan dalam sektor pertanian ini juga membawa kepada kemajuan dalam teknologi pembajakan serta penciptaan cangkul dan sabit. Pada zaman ini juga petani juga mula menggunakan batas untuk tujuan penanaman. Perubahan juga berlaku secara evolusi apabila petani China mula menggantikan alat pertanian yang dibuat daripada kayu dengan yang dibuat daripada besi.



Tulisan Cina
Sistem tulisan ideogram yang berkembang secara evolusi masih digunakan masyarakat Cina kini. Tulisan tersebut digunakan dalam bidang penulisan dan percetakan serta diajar kepada anak-anak Cina di sekolah Cina. Tulisan ini juga digunakan orang Korea dan Jepun.

Unsur pemujaan roh nenek moyang masih diamalkan oleh masyarakat Cina kini. Namun pengorbanan manusia dalam pemujaan roh telah digantikan dengan amalan pemberian seperti makanan, duit kertas dan barangan perhiasan. Falsafah Cina yang melibatkan konsep ‘Yin dan Yang’ serta amalan ‘Feng Hsui’ masih kuat mempengaruhi masyarakat Cina kini. Sistem kalendar telah diperkenalkan pada zaman pemerintahan Dinasti Shang :

Feng Shui
- Terdapat 30 hari dalam sebulan dan 360 hari dalam setahun.
- Raja dapat menentukan musim menanam dan menuai.
- Kalendar ini digunakan untuk upacara perkahwinan, pemburuan dan pengkebumian.

Falsafah perang yang diperkenalkan Sun Tzu dalam karyanya yang berjudul The Art of War, mempengaruhi taktik peperangan dan pemikiran strategik sehingga kini. Ia telah diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa dan diaplikasikan dalam pelbagai aspek kehidupan dan urusan perniagaan.

12 Fakta Menarik Tentang Planet Zuhal



1) Planet Zuhal ialah planet ke enam dalam sistem suria, selepas Musytari.

2) Planet Zuhal adalah planet kedua terbesar selepas Musytari. Lebih dari 9 kali Bumi baru boleh mencapai saiz Zuhal.

3) Tak seperti Bumi, Zuhal terdiri dari gas hidrogen dan helium. Walaupon terbina dari bahan dan materials yang lebih padat dan berat, tapi Zuhal tak mempunyai permukaan yang boleh dipijak.

4) Gegelang di sekeliling planet Zuhal bukan terdiri dari bahan pejal, sebaliknya hanyalah debu, ais dan batu kecil.

5) Gelang tersebut sangat besar, tetapi nipis : Gelang utamanya boleh mencakupi jarak antara Bumi dan bulan, walaubagaimanapun ketebalannya kurang dari satu kilometer.

6) Sebenarnya planet lain banyak yang mempunyai gegelang seperti Zuhal, tapi hanya gegelang Zuhal saja yang boleh dilihat dari Bumi walaupon dengan teleskop kecil.

6) Keadaan di Zuhal adalah agak berangin. Angin di Zuhal boleh mencecah 1800 km/j. Sebagai perbandingan, dekat Bumi ni, kelajuan angin yang paling laju hanya 400 km/j.

7) Zuhal mengelilingi Matahari pada kelajuan yang rendah, tapi berputar pada paksinya dengan sangat laju!

8) Setahun di Zuhal lebih kurang sama dengan 29 tahun di Bumi, tapi satu hari di Zuhal adalah hanya 10 jam 14 minit (berbanding Bumi 24 jam satu hari).

9) Zuhal adalah satu-satunya planet yang kurang tumpat dari air. Ini bermakna kalau kita boleh mencipta tab mandi yang sangat, sangat besar, maka planet Zuhal ni boleh terapung-apung dalam tab mandi tu!

10) Zuhal kurang tumpat sebab hanya terdiri dari gas jer. Bumi ni macam-macam ada - batu, tanah, gunung-ganang bla bla bla..

11) Planet-planet yang bergelang ni berada sangat jauh dari Matahari dan hanya menerima 1/80 amaun cahaya dari yang kita terima di Bumi. Jadinya, Matahari nampak sangat kecil dari sana.

12) Nama 'Saturn' dalam bahasa Inggeris untuk planet Zuhal di ambil dari nama Dewa Pertanian bagi masyarakat Rom. Begitu juga dengan nama 'Saturday' yakni hari Sabtu diambil dari nama dewa tersebut.


Demokrasi Berparlimen

Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Perlembagaan negara telah digubal dengan mengadakan syarat-syarat untuk pengalaman sistem ini. Salah satu syarat sistem Demokrasi Berparlimen adalah pembahagian kuasa kepada tiga bahagian di dalam pemerintahan, iaitu Perundangan, Kehakiman dan Pentadbiran atau Eksekutif. Malaysia juga merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem Demokrasi berasaskan kepada sistem Persekutuan. Sehubungan dengan itu, ia bermakna negeri-negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak , Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sarawak dan Sabah telah bersetuju dengan konsep penubuhan Negara Malaysia.Setiap negeri yang terbabit telah menyerahkan sebahagian kuasa masing-masing, seperti kewangan, pertahanan, pelajaran, luar negara dan lain-lain lagi seperti mana yang telah tercatat di dalam Perlembagaan Malaysia yang di tadbir oleh Kerajaan Pusat. Ada perkara-perkara yang dijadikan kuasa negeri dan negeri akan mentadbirkan kuasa. Sebagai sebuah negara Raja Berperlembagaan, maka diperuntukan oleh Perlembagaan institusi Yang Di-Pertuan Agong, Raja-raja Melayu di sembilan buah negeri dan Majlis Raja-raja. Baginda adalah diberi kuasa untuk memelihara adat istiadat orang Melayu dan Pentadbiran Agama Islam di negeri masing-masing. Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong adalah Ketua Agama Islam bagi negeri-negeri Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, dan Wilayah-wilayah Persekutuan.Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong juga menjadi Kepala Utama Negara dan Baginda adalah Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Negara. Baginda akan menjalankan tugas-tugas dibawah Perlembagaan mengikut nasihat Perdana Menteri atau Jemaah menteri . Raja-raja pula menjadi Ketua Negeri masing-masing dan menjalankan tugas mengikut nasihat Menteri-menteri Besar atau Ketua-ketua Menteri.Struktur Parlimen Malaysia
Parlimen Malaysia terdiri daripada tiga komponen:-

1.Yang Di-Pertuan Agong
Sejarah Bangunan Parlimen
Pada bulan Disember 1959, suatu kawasan berhampiran Taman Bunga Kuala Lumpur telah dipilih sebagai tapak untuk membina Kompleks bangunan Parlimen, bangunan yang menjadi simbol kepada dasar-dasar demokrasi yang diamalkan. Dasar-dasar ini pula merupakan hak dan tanggungjawab rakyat memerintah negara mereka sendiri, kebebasan setiap rakyat menyatakan pendapatnya, kebebasan menganut agamanya, keadilan hak yang sama di sisi undang-undang dan hal memiliki harta benda.

Maka pada September 1962 sebuah bukit pada paras 61 meter dari aras laut telah diratakan untuk pembinaan bangunan penuh gemilang ini. Kompleks yang menelan belanja RM18 juta ini adalah hasil ilham Yang Teramat Mulia Tuanku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri Malaysia Pertama.

Perletakan batu asas telah dilakukan oleh Duli Yang Teramat Mulia Sri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, Persekutuan Tanah Melayu Yang Ketiga, Tuanku Syed Putra Al-Haj Ibni Al-Marhum Syed Hassan Jamalullail D.S.M, S.M.N. DK (BRUNEI) pada 31 Ogos 1962 bersamaan 1 Rabiulakhir 1382 seterusnya menandakan kerja-kerja pembinaan telah dimulakan. Pada 21 November 1963 Baginda sekali lagi diberi penghormatan untuk merasmikan pembukaan bangunan ini.
Kompleks ini terdiri daripada dua bahagian terbesar iaitu :-



Bangunan Ibu
Bangunan 3 tingkat ini disebut juga sebagai Bangunan Utama. Di dalam bangunan inilah dua dewan persidangan negara iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara dibina.
Di tingkat pertama dibina kantin berhampiran bilik wartawan dan juga bilik jamuan Ahli-ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara bagi memudahkan pegawai-pegawai, wartawan-wartawan dan tetamu yang hadir ketika persidangan Parlimen untuk makan dan minum.
Reka bentuk Dewan Negara adalah sama dengan Dewan Rakyat tetapi ruangnya kecil sedikit. Bagaimanapun Dewan Negara mempunyai keistimewaannya tersendiri. Jendela-jendelanya lutsinar dengan corak Islam asli daripada mozek merah dan biru.
Di tingkat bawah bangunan ini pula terletak bilik rehat diraja, sebuah surau bulat yang boleh memuatkan 100 jemaah dan sebuah dewan jamuan besar yang boleh memuatkan 500 orang. Saiz dewan Rakyat di atasnya.

Di tingkat kedua pula terdiri daripada dua anjung yang berasingan. Di anjung kiri terdapat dua buah bilik jawatankuasa yang besar. Tiap-tiap bilik mampu memuatkan 30 orang. Selain daripada dua bilik besar terdapat empat bilik kecil yang boleh memuatkan 12 orang. Terdapat juga pejabat-pejabat dan tempatberehat bagi pegawai-pegawai kerajaan serta Persatuan Parlimen Komanwel.
Di anjung kanan terdapat dua bilik makan. Satu bilik khusus untuk Ahli-ahli Parlimen dan yang lainnya untuk tetamu-tetamu serta pegawai-pegawai kerajaan. Ruang dapur terletak di antara dua bilik makan ini. Dapur ini mampu menyediakan makanan bagi 1000 orang tetamu dalam satu masa. Bahagian tengah tingkat kedua ini diselubungi oleh bumbung Dewan Rakyat. Ia dijadikan Taman Sari iaitu tempat Ahli-ahli Parlimen berehat semasa persidangan.

Menara
Menara setinggi 17 tingkat ini terletak di hadapan bangunan ibu, Ia bersambung ke bangunan utama melalui sebuah jambatan dan di dalamnya ditempatkan pejabat para menteri dan ahli -ahli Parlimen yang lengkap dengan segala kemudahan seperti kerusi meja dan pembesar suara ketika sesuatu persidangan berlangsung.Di tingkat dua
menara ini terdapat ruang tempat duduk yang menghala ke arah permandangan padang perbarisan dimana acara sambutan rasmi Parlimen diadakan. Di tingkat enam belas pula terdapat ruang lapang yang menghala ke arah keindahan permandangan sekeliling kawasan Parlimen. Di menara inilah majlis-majlis tidak rasmi diadakan.

Keistimewaan Bangunan Parlimen
Keseluruhan bangunan Parlimen ditutupi dengan kaca yang bolehmenyerap haba dan meresapkan cahaya. Kawalan terhadap sinaran matahari dilakukan dengan menutup seluruh bangunan ini denganterawang berukir yang diperbuat daripada batu konkrit tempatan dan dipasang bahagian demi bahagian. Terawangyang berbentuk sarang lebah itu menambahkan lagi kehebatan bangunan ini. Pada keseluruhannya lebih daripada sejuta batu-bata, 2,000 tan besi waja, 54,000 tan konkrit, 200,000 kampit simen dan 3000 tan kaca telah digunakan untuk membina kompleks Parlimen.
Sistem pembahagian air yang membekalkan air kolam dan pancurannya merupakan satu lagi ciri keistimewaan bangunan Parlimen di mana air akan mengalir melalui dua sistem yang berangkai. Ia bermula di bahagian bumbung bangunan membawa ke seluruh kompleks. Airnya pula diwarnakan dengan warna biru untuk menjauhkan lumut dan lumpur.

Selain daripada keistimewaan pada bangunannya, kompleks Parlimen turut dihiasi dengan berbagai-bagai jenis tumbuhan dan binatang peliharaan. Pohon-pohon kayu yang jarang ditemui seperti pohon berlian, mata kuching, berangan, nam-nam, selarat dan pohon tamar diimpot khas dari Arab Saudi untuk dipelihara di kawasan sekitar.

Di sebelah kawasan kompleks Parlimen terdapat kawasan lapang yang dijadikan Taman Rusa yang menjadi tempat pemeliharaan berpuluh-puluh ekor spesis rusa Tootal. Spesis rusa ini sememangnya jarang didapati di benua Asia. Rusa-rusa ini dibiarkan bergerak bebas di dalam kawasan lapang taman yang dibatasi oleh sempadan kompleks Parlimen


Sejarah UMNO

  • Keputusan penubuhan UMNO dibuat dalam Kongres Melayu 1946 di Kuala Lumpur
  • Pada 11 Mei 1946, sebanyak 29 buah persatuan menandatangani penubuhan UMNO di Istana Besar, Johor Bharu
  • Yang Dipertua pertama – Dato’ Onn Jaafar

Tujuan Penubuhan UMNO

  •    Menjadi wadah perjuangan orang Melayu bagi memperkasa kemajuan bangsa
  •    Tujuan penubuhan berubah mengikut keperluan semasa
  •    Contoh perubahan;
i. Tahun 1946;
Ø  Menentang Malayan Union
Ø  Menyatukan orang Melayu daripada seluruh Semenanjung Tanah Melayu
Ø  Mewujudkan satu organisasi nasional
Ø  Menjaga kepentingan politik & ketuanan Melayu
Ø  Memajukan pendidikan orang Melayu
Ø  Melindungi kepentingan orang Melayu tetapi belum bersedia menuntut kemerdekaan

ii. Tahun 1949;
Ø  Menjalankan fungsi sebuah parti siasah (berkaitan politik & pentadbiran) di Tanah Melayu yang sempurna sebagai penyatu bangsa Melayu
Ø  Menjalankan ikhtiar & langkah dengan tujuan mendirikan sebuah kerajaan merdeka yang memerintah Tanah Melayu
Ø  Memajukan orang Melayu dalam hal berkaitan dengan perkara siasah, kebajikan hidup, kebudayaan & ikhtisas (berkaitan ekonomi)
Ø   Menjadi pelindung kedaulatan tanah air
Ø   Mula menuntut kemerdekaan

Perjuangan Tokoh UMNO

i. Dato’ Onn Jaafar

  • Yang Dipertua UMNO pertama (1946-1951)
  • Merupakan pengasas UMNO
  • Mendapat pendidikan di Maktab Perguruan Kuala Kangsar & England
  • Sebelum memimpin UMNO, beliau bertugas sebagai Pegawai Tadbir Johor & wartawan yang terkenal
  • Tahun 1946 dilantik menjadi Menteri Besar Johor kerana berjaya memulihkan keamanan di Batu Pahat semasa pergaduhan kaum (keganasan 14 hari)
  • Merupakan orang pertama menyeru orang Melayu bersatu secara berorganisasi di peringkat nasional
  • Beliau mencadangkan ditubuhkan sebuah parti politik bertujuan menentang MU
  • Berjaya menganjurkan Kongres Melayu 1946 di Kuala Lumpur
  • Sumbangan terbesar – menyatukan orang Melayu seluruh Semenanjung Tanah Melayu & berjaya menumbangkan MU
  • Menjelajah ke seluruh Tanah Melayu untuk menunjukkan kepada Britisih bantahan orang Melayu terhadap MU
  • Berjaya memujuk raja2 Melayu memulaukan upacara pelantikan Sir Edward Gent sebagai Gabenor MU
  • Menjadi ahli jawatankuasa yang menggubal Perlembagaan UMNO tahun 1949
  • Beliau mengambil beberapa perlembagaan parti luar negara sebagai panduan

ii. Dato’ Panglima Bukit Gantang (1905-1959)

  • Nama sebenar – Abdul Wahab bin Abdul Aziz
  • Merupakan Setiausaha Agung UMNO pertama
  • Berpendidikan di Anderson School, IpohPerak & Inner TempleEngland
  • Apabila MU diperkenalkan beliau menubuhkan Perikatan Melayu Perak – tujuan menyokong Kongres Melayu menggagalkan MU
  • Beliau menjadi Ketua Bahagian UMNO Perak dari tahun 1948-1953

iii. Dato’ Nik Ahmed Kamil Nik Mahmud (1909-1977)

  •    Merupakan Ahli Jawatankuasa UMNO Pusat & Ketua UMNO Kelantan
  •    Mendapat pendidikan di Sekolah Majlis Agama Islam, Kota Bharu & Maktab Melayu Kuala Kangsar,
  •    Beliau melanjutkan pelajaran ke Lincoln’s Inn, LondonEngland
  •    Beliau menjadi peguam yang bertauliah
  •    Pernah menjadi Setiausaha Kerajaan Negeri sebelum menjadi Menteri Besar Kelantan tahun 1948-1955

iv. Zainal Abidin bin Ahmad (Zaaba) – 1895-1973


  •    Dianggap seorang intelektual Melayu
  •    Digelar Pendeta Bahasa Melayu yang ulung
  •    Berasal dari Kampung Bukit Kerdas, Batu Kikir, Jempol, Kuala Pilah, Negeri Sembilan
  •    Terlibat dalam Kongres Melayu tahun 1946
  •    Dato’ Onn Jaafar meminta beliau menguruskan persidangan kongres tersebut
  •    Beliau juga mencadangkan kepada Dato’ Onn Jaafar supaya menambah perkataan “kebangsaan” atau national ke dalam United Malays Organization (UMO) menjadi United Malays National Organization (UMNO)

Perjuangan & Perkembangan UMNO
  •    Berjaya memajukan orang Melayu dalam bidang politik, ekonomi, sosial & pendidikan
  •    Sebuah parti yang memperjuangkan perpaduan orang Melayu seluruh Semenanjung Tanah Melayu
  •    UMNO mewakili kepentingan orang Melayu yang menjadi dasar perjuangan UMNO
  •    Perjuangan utama UMNO ialah;
          Ø  Menumbangkan MU
          Ø  Menyatupadukan orang Melayu
          Ø  Memperjuangkan ‘ketuanan Melayu’
          Ø  Menghapuskan semangat kenegerian & kedaerahan orang Melayu
          Ø  Mewujudkan sebuah parti politik bercorak kebangsaan
          Ø  Memajukan pendidikan orang Melayu
          Ø  Mengusahakan kemajuan ekonomi & kebajikan orang Melayu
  •    Beberapa mesyuarat agung diadakan di bandar2 besar
  •    Contoh;
          Ø  Jun 1946 – di Kota Bharu, Kelantan
          Ø  Tahun 1948 – di Pulau Pinang & dirasmikan Sultan Kedah iaitu Sultan Badlishah
          Ø  Biasanya mesyuarat agung UMNO dirasmikan oleh sultan atau raja-raja Melayu setempat
          Ø  Menunjukkan perjuangan UMNO direstui
  • Tahun 1946 – Piagam UMNO 1946 dibentuk yang merupakan perlembagaan UMNO pertama
  • Tujuan – sebagai garis panduan untuk UMNO bergerak
  • Piagam ini mempunyai 5 bab
  • Tahun 1949 – Perlembagaan UMNO 1949 yang pertama diluluskan untuk menjadikan UMNO sebuah parti politik yang kukuh

Lambang UMNO
  •    Menjadi identiti UMNO, antaranya;
(i) Logo UMNO – dalam tulisan Jawi iaitu perkataan PEKEMBAR

(ii) Cogan kata – “HIDUP MELAYU” – dicipta oleh Dato’ Onn Jaafar untuk menyatukan ahli UMNO

  • Cogan kata ini sebenarnya merupakan slogan Pergerakan Melayu Semenanjung Johor pimpinan Dato’ Onn Jaafar sendiri
  • Bulan Mac 1950 – cogan kata ini ditukar kepada “Merdeka” atas cadangan wakil Pemuda Bahagian UMNO Batu Pahat iaitu Syeikh Gharieb Raub

(iii) Bendera UMNO – terdiri drpd warna merah, putih, kuning & hijau

  •    Merah – keberanian
  •    Putih – kesucian & keikhlasan
  •    Kuning – lambang raja
  •    Hijau – keris hijau lambang agama Islam & tamadun Melayu
  •    Pemilihan bendera diputuskan dalam persidangan UMNO di Ipoh, Perak pada Jun 1946
  •    Dicadangkan oleh Ikatan Setia Kampung Baru, Kuala Lumpur
  •    Bendera UMNO pertama kali dikibarkan pertama kali pada Mesyuarat Agung UMNO di Pulau Pinang 27 Julai 1947